Di Ulang Tahun Keenam

Kehadapan Amir, Masihkah Amir ingat kejadian tahun lepas di bulan Ramadan. Sepulang kita dari sekolah, jam 12.30 tengah hari, sewaktu tiba di rumah, penutup payung Amir tidak dapat dipasang lalu menyebabkan Amir marah. Itu mungkin hal kecil di mata mommy, tetapi besar untuk Amir. Kemudian, Amir masuk ke dalam rumah dengan tangisan. Kekecewaan, ditambah dengan […]

Meninggalkan Dunia Ketidakpastian (Buat Sementara)

Kira-kira tujuh bulan lepas, saya masih seorang pekerja bebas (yang melakukan kerja-kerja terjemahan, penulisan dan kadangkala pentadbiran syarikat). Sebenarnya, saya sudah pun berbelah bahagi memikirkan untuk kembali bekerja sepenuh masa semula sebelum lahirnya anak kedua saya (lapan bulan sebelum itu), lantaran memikirkan segala kos yang saya dan MA perlu tanggung apabila anak ini lahir. Kos […]

Friendship Break Up

Rumah yang saya duduki bersama keluarga kecil saya ialah rumah pangsa – di tingkat satu. Keadaan ini membuatkan saya kerap kali berdiam sebentar di dalam kereta selepas memandu sebelum masuk ke rumah, tidak kira untuk doom scrolling telefon, atau membiarkan anak tidur sebentar, atau sekadar untuk termenung sendirian. Satu malam, kami pulang dan anak-anak masih […]

Menterjemah: Sekadar Mengalih Bahasa?

Seseorang yang bergelar penterjemah pastinya tahu kerja menterjemah bukanlah proses yang straightforward. Membaca ayat sumber, dan kemudian terus menaip ayat terjemahan. Tidak, kerja ini lebih daripada itu. Kerja menterjemah melibatkan: Membaca keseluruhan teks atau sekurang-kurangnya perenggan untuk mendapatkan konteks terjemahan. Kesilapan konteks akan mengakibatkan kesalahan terjemahan (mistranslated) – maksud berlainan daripadamaksud sebenar perkataan sumber. Mencari […]

Selamat Hari Jubah, Ipah!

Mendewasa menyedarkan saya yang sebenarnya waktu hidup di asrama sedikit menghilangkan masa mengenali adik beradik sendiri. Dirasakan rapat, tetapi sebenarnya ada jurang yang menjauhkan. Mujur mak dan abah sentiasa menjadi penyatu. Apabila cuti bermalam tiba (terutama sewaktu baru menghuni asrama), tempoh itu semahu-mahunya digunakan untuk mengqadha tidur, melakukan hal sendiri. Al-maklumlah, baru mengecapi zaman remaja. […]

Usah Menjadi Hakim

“Mentang-mentang dulu lepas keluar maktab, dia (biar saya gelarkan dia sebagai A) terus jadi cikgu, sekarang nampak ekkk sikit ye. Langsung tak pernah tunjuk muka di majlis-majlis.” “Ini dah umur 37, nak kahwin, baru terhegeh-hegeh hantar mak dia bagi undangan kahwin …” “Mesti ada sebab, kalau tak, kenapa jodoh dia lambat macam tu. Memanglah ketentuan […]