Review Buku: The Speed Reading Book (Edisi BM)

Penulis: Tony Buzan
Penerbit: PTS Publishing House
Tahun Terbit: 2018
Muka surat: 232
Beli di: Book Cafe
Tambahkan dalam senarai Goodreads anda.

Potensi kita untuk memperbaiki kadar kepantasan membaca kepada dua kali ganda lebih pantas berbanding sekarang, dan kemudian mencapai kadar 1000 perkataan seminit, sama sahaja dengan mereka yang berada pada tempat 10 teratas dunia.

Setiap orang daripada mereka adalah pembaca, yang sama seperti pembaca dan saya, yang pada mulanya tidak berpuas hati dengan kadar kecepatan membaca biasa mereka dan membuat keputusan memperuntukkan masa dan usaha bagi membangunkan kemahiran manusia yang paling berkuasa ini.

Buku The Speed Reading Book memberi pembaca peluang baik untuk mengikuti jejak langkah mata mereka. Ia adalah hasil latihan dan kajian selama lebih 50 tahun dalam bidang ini.

Sumber: Bookcafe.com

Sewaktu mula baca buku ni, saya cuba buat ujian kepantasan membaca di internet dan juga dalam buku ini. Amat mengecewakan kerana kepantasan saya hanya di tahap sederhana.

Selepas baca beberapa bab awal, barulah saya sedar, ada beberapa benda yang saya salah faham sebelum ini tentang cara membaca. Salah satunya ialah penggunaan penunjuk ketika membaca (macam mengaji pakai lidi tu). Sangkaan saya ia mengganggu proses membaca, tetapi sebaliknya. Pakai penunjuk bukan sahaja boleh bantu membaca lebih pantas, tetapi juga kurangkan potensi berpatah balik/terpaksa ulang-ulang baca gara-gara ‘lost’ atau berangan, dan juga lebih fokus kepada isi bacaan.

Fakta menarik yang ada dalam buku ini, juara dunia enam kali pembaca cepat, Anne Jones membaca Harry Potter and the Deathly Hollows dalam masa 47 minit 1 saat, dengan kelajuan 4,251 perkataan seminit. Rasa tak logik langsung 😂, entah masuk kepala ke tidak kan? Tapi kebolehan macam ni rupanya memang ada.

Setiap fakta dalam buku ini mudah difahami dan diterjemah dengan baik. Saya sebenarnya sangsi betul ke teknik yang ada mampu bantu membaca pantas, tapi lepas betul-betul disiplin buat latihan yang ada, untuk latihan terakhir, bacaan saya bertambah 60 perkataan seminit.

Disebabkan ini buku terjemahan, jadi dalam bahagian latihan kosa kata tu ada rasa macam “something off” sebab latihan dan kosa kata semuanya dalam Bahasa Inggeris. Tak feel sangat.

Tips berkesan baca buku ini:

1. Pastikan duduk dalam suasana yang kita betul-betul dapat fokus, terutamanya sewaktu buat latihan sebab nak kena catat masa bacaan. Kalau ada gangguan sampai kita terhenti ke apa, mestilah kiraan tu sebenarnya tak tepat.
2. Jangan mengelat, buat semua latihan yang ada. “Practice makes perfect”
3. Sasaran kita nak membaca cepat, tapi janganlah kelam kabut, kalau hari ini mampu baca 240 perkataan seminit, takkanlah esok dah boleh baca 4000 perkataan. Konsisten itu lebih penting.

Matlamat saya untuk menjadi pembaca pantas, tak berakhir di sini, malah baru bermula. Untuk yang mahu menjadi pembaca pantas, selamat membaca buku ini!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.