Belajar Mandarin di Kunkwan
Jika dibandingkan dengan pusat bahasa lain, saya boleh katakan yang yuran Kunkwan sebenarnya agak mahal. Saya sendiri merancang untuk berhenti selepas Level B dan mencari platform yang lebih murah atau pergi ke kelas fizikal (sebelum PKP diumum semula). Namun, ada beberapa faktor yang menyebabkan saya masih lagi setia dengan Kunkwan.