Wacana Buku Akhlaqul Karimah – Jejak Tarbiah

30/6 yang lepas, merupakan pertama kali saya menyertai acara wacana buku, sebagai sukarelawan sekaligus peserta.

Wacana mengikut pengertian Dewan Bahasa dan Pustaka (rujuk sini) ialah “perbincangan atau pertukaran idea secara lisan”. Jejak Tarbiah menjemput Ustaz Pahrol Mohd Juoi dan Prof Madya Dr Hafidzi bagi membentang idea mereka mengenai buku Akhlaqul Karimah hasil tulisan Prof Hamka.

Sebelum ini, saya cuma tahu review atau acara bicara buku sahaja tetapi tidak pernah sekalipun menyertai mana-mana aktiviti wacana buku. Acara dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu sesi pembentangan oleh Dr Hafidzi, kemudian diteruskan dengan pembentangan oleh Ustaz Pahrol. Seterusnya, sesi diteruskan dengan forum yang melibatkan kedua pembentang tadi dan akhir sekali ialah sesi soal jawab.

Dari Kanan: Dr Hafidzi, Ustaz Pahrol dan Moderator.

Sebenarnya saya skip pembentangan Ustaz Pahrol sebab sibuk benar berborak-borak dengan pengasas Jejak Tarbiah, Kak Saadiah Ali. Kak Saadiah kata,

“Wacana ni kita mesti buat, rugi ke untung ke mesti buat. Buku bukan sekadar untuk dibaca, tapi kena bincangkan dan wacanalah antara cara menghidupkan buku”.

Wow, tak pernah langsung terfikirkan perkara ini. Begitu besar nilai sebuah buku sehingga pembacaan sahaja langsung tidak mencukupi. Saya turut merasakan yang sama, sebab idea-idea yang diutarakan oleh kedua panel jemputan ini sangat membuka mata saya, sebab tak pernah langsung saya fikirkan.

Untuk konten perbincangan insyaAllah saya cuba tuliskan untuk posting-posting seterusnya supaya bermanfaat untuk semua.

Oh ya, saya merupakan ejen buku Jejak Tarbiah juga, bolehlah hubungi saya untuk beli.

Sukarelawan program Wacana Hamka.

Bersama pengasas Jejak Tarbiah, Kak Saadiah Ali.

Terjumpa junior UTP pula, Fatimah.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.