Surat Bersampul Perang ini sebenarnya versi terbit semula novel Rindunya Kian Membara. Dulu Kak Su (Noor Suraya) terbitkan dengan Creative Enterprise Sdn. Bhd. (CESB) pada tahun 2001 (Wahhh, saya masih Darjah 3 waktu itu). Ketika di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 lepas, Kak Su beritahu beliau sudah tambah 100 m/s untuk Surat Bersampul Perang ini. (wahhh kagum lagi).
Bagi sesiapa yang dah baca Kekasih Waktu, Surat Bersampul Perang ini kiranya versi prequel lah dan watak utama pun Farhana (Anah), ibu Zaynn & Zetti.
Kak Su seperti biasa suka betul menghidangkan pembaca beliau dengan kisah menyayat hati tetapi sangat unik. Farhana ialah lambang wanita cekal dan berpendirian tegas yang tidak tunduk dengan ugutan Masri untuk berkahwin semula walaupun terpaksa berkorban hak penjagaan kedua anaknya.
Saya belum sempat lagi nak buat review penuh untuk novel ini tetapi saya sarankan penggemar tulisan kak su cepat-cepatlah dapatkan sebelum stok habis.