Perihal Antara Dua Darjat

“Dasar Ekonomi Baru (DEB) hanya mengukuhkan ekonomi kumpulan tertentu dan Malaysia perlu berubah daripada melihat kepentingan ekonomi berasaskan kaum kepada fokus membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum.”

Terdapat banyak kritikan terhadap DEB yang diperkenalkan Tun Abdul Razak. Dasar ini dikatakan hanya memihak kepada kaum Melayu.

Masihkah anda ingat kepada Dr Muhammed Abdul Khaled yang tular kenyataan jujurnya mengenai Bajet 2018 dalam rancangan Landskap TV1?
Beliau menafikan kritikan terhadap DEB dalam buku ini. Terdapat fakta yang menunjukkan DEB sebenarnya memberi kesan positif bukan sahaja kepada kaum Bumiputera, tetapi juga kaum lain.

Antara Dua Darjat

Saya masih lagi dalam proses menghabiskan buku ini. Dr Muhammed Abdul Khaled cuba menyampaikan dalam bahasa paling mudah kepada pembaca tentang agihan pendapatan di Malaysia yang tidak sama rata. Dalam bab awal, penulis seperti membawa kita ke pelajaran Sejarah ketika di sekolah menengah (zaman jajahan British) tetapi dengan penerangan yang terperinci mengenai sistem ekonomi zaman itu yang memberi kesan hingga sekarang.

Antara Dua Darjat merupakan terjemahan buku beliau iaitu The Colour of Inequality yang menjadi best seller pada tahun 2014. Beliau menekankan bahawa mengeluarkan kenyataan berkaitan ekonomi rakyat Malaysia tanpa fakta hanya sia-sia kerana tidak boleh digunapakai untuk membuktikan apa-apa pun. Beberapa terma seperti pekali-Gini dan Indeks Theil mungkin sukar difahami kerana berkait dengan ekonomi tapi jangan risau, Google kan ada!

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.