Sudah 14 hari tahun 2019 berakhir. Saya sudah pun memulakan Misi Membaca Aina 2020. Tapi rasa seperti tak lengkap pula tanpa saya buatkan summary bacaan saya tahun lepas. Here we go!
1515 – Satu kisah fiksyen sejarah yang saya rasakan sampai bila-bila pun tak boleh move on. Inspirasi daripada sejarah zaman penjajahan Portugis terhadap Kesultanan Melayu Melaka, terlalu banyak nilai dan pengajaran yang boleh diambil dan relevan hingga kini. Yang penting, hero dalam cerita ini seorang perempuan.
Chai Buat Ram – Bukan panduan travel atau tips kembaran, tetapi catatan jujur daripada Fazleena Hishamuddin ketika beliau mengembara ke India. Tulisan sempoi.
Kembara Sastera Nisah Haron – Juga catatan jujur kembara daripada seorang lagi penulis perempuan kali ini ke UK dan Dublin. Menariknya, Nisah Haron tidak melawati tempat-tempat tipikal , tetapi beliau pergi ke tempat berunsur sastera seperti Stratford-Upon-Avon, tempat kelahiran Shakespeare.
Nikina – Naskhah paling baru daripada Nadia Khan ini berkisar kehidupan antara Nik dan Kina. Ada sesuatu pada tiap tulisan atau masterpiece daripada Nadia Khan yang buatkan saya mesti tak nak berhenti membacanya. Nik dan Kina, it’s a beautiful tragedy.
Pak Samad di Mata Kami – tulisan daripada orang-orang yang mengenali A. Samad Said mengenai beliau. Ia mengenai sikap dan perjuangan Pak Samad sendiri dalam dunia sastera. Jaga-jaga apabila membacanya, mesti akan rasa nak beli buku Pak Samad yang lain.
Sayang Ustazah Sayang – Buku ini hasil tulisan Salmi Manja iaitu isteri kepada A. Samad Said. Berkisar kehidupan guru-guru di sekolah agama ketika zaman dahulu. Kisah yang agak jujur dan mungkin sedikit kontroversi kerana menceritakan macam a story behind sebab ada ustazah yang suka berdating yang tidak menggambarkan profession itu dan macam-macam lagi.
Tari Pasar Perempuan – Himpunan Cerpen mengenai perempuan yang ditulis oleh Fazleena Hishamuddin. Cuma kena set dalam minda sahaja yang pengarangnya ini anti sad ending jadi kadang-kadang apabila baca anda mesti akan tertanya kenapalah pengakhirannya begini? Tragedi sering berlaku. Saya suka buku ini cuma kurang setuju dengan babak erotis yang ada.
Sejujurnya, saya dah lupa buku Andrea Hirata ini pasal apa. Maybe it’s time for me to revisit the book.
Review buku yang lain-lain saya dah buat, dalam link di bawah:
- The Partner
- Pengembaraan ke Kedah, Perlis dan Kelantan
- Cerpen Duo Nogoghi
- Cerpen Segara Lazuardi
- Ibu Melayu Mengelilingi Dunia – Dari Rumah ke London
- Surat-Surat dari Maninjau
- Pegkung Alung
Saya pernah baca 40 buku sewaktu tahun 2016, tapi saya sedar kuantiti tu agak sukar untuk saya capai buat masa ini, jadi saya letakkan target yang saya rasa dan patut saya capai sahaja.
Tahun 2020, 20 buah buku.
Anda semua macam mana pula?