Resensi Buku #5 Suri Membaca IMPROF (11 Okt 2020)

Baru berkesempatan untuk buat ulasan mengenai resensi buku Suri Membaca IMPROF #5 yang diadakan minggu lepas. Kali ini lima buah buku dikongsikan:

1. Alberto’s Lost Birthday (Diana Roise)
2. For One More Day (Mitch Albom)
3. Ibu Melayu Mengelilingi Dunia (Aishah Ghani)
4. Digital Minimalism (Cal Newport)
5. Pendiam (Aqila Masri & Aiman Amri)

Perbincangan kami bermula dengan Alberto’s Lost Birthday, kisah pengembaraan seorang budak lelaki bersama datuknya yang menjejak kembali keturunan keluarga datuknya yang hilang. Ia bermula dengan rasa ingin tahu budak lelaki ini apabila dia bersama ibu bapa sering menyambut ulang tahun kelahiran, tetapi menjadi pelik apabila si datuk tidak pernah mengetahui hari lahir sendiri. Pengembaraan mereka menyelongkar begitu banyak kisah dan rahsia di sebalik kelahiran si datuk sehingga dapat menjejak kembali siapakah sebenarnya ibu bapa si datuk.

Kemudian, kami meneruskan perbincangan dengan novel tulisan Mitch Albom, For One More Day. Kisah Charles “Chick” Benetto yang tidak berpuas hati dengan keadaan hidup (kerjaya, keluarga, kewangan dll) sehingga mendorong dia cuba membunuh diri, tapi sayang, usaha membunuh diri gagal. Chick koma, dan dalam koma itu dia berjumpa semula dengan ibunya yang telah mati dan seterusnya merungkai kembali semua rahsia yang sebenar.

Seterusnya resensi buku dihangatkan lagi dengan pembentangan buku Ibu Melayu Mengelilingi Dunia, tulisan tokoh awal wanita di Tanah Melayu, Tan Sri Hajah Aishah Ghani. Mendepani wanita lain di zamannya, Aishah Ghani memilih untuk ke England pada zaman belum merdeka lagi. Tulisannya malah dianggap Travelog Wanita pertama di Malaysia. Buah fikiran Aishah Ghani bukan main-main, beliau menceritakan tentang latar sosiobudaya dan politik dan membandingkan antara Tanah Melayu dan England ketika itu.

Kami meneruskan perbincangan dengan Digital Minimalism oleh Cal Newport. Bagaimana hendak membina kehidupan yang fokus di tengah-tengah kebisingan digital. Cal merungkaikan rahsia penciptaan media sosial oleh “tech company” yang bukan sekadar menjadikan tempat untuk berhubung, tetapi juga sebagai “mesin duit”. Malah, salah seorang presiden pengasas Facebook sendiri ada berkata “How do we consume as much as of your time and conscious attention as possible?”. Cal kemudian memperkenalkan teknik “digital declutter” selama 30 hari dan memberi idea lain untuk masa-masa yang sebenarnya boleh diisi dengan perkara yang lebih bermanfaat berbanding hanya “scrolling your phone”.

Terakhir sekali, kami berbicara tentang buku Pendiam tulisan bersama Aqila Masri & Aiman Amri yang menyentuh tentang personaliti introvert yang seringkali disalahfaham oleh orang ramai terutamanya golongan extrovert. Sedikit antithesis dengan apa yang ditulis Cal Newport, ada kalanya media sosial ialah tempat yang baik untuk golongan ini mengekspresi diri mereka.

Pagi Ahad yang sangat berisi dan bermakna buat kami berempat. Hope to see another faces in future. Keep reading peeps!

Nota: Suri Membaca IMPROF merupakan Book Club di bawah satu NGO Alumni UTP yang sedang saya bernaung sekarang. Kami aktif menjalankan resensi buku sebulan sekali. It’s nice to talk about book with another book lovers isn’t ?

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.