Seseorang yang bergelar penterjemah pastinya tahu kerja menterjemah bukanlah proses yang straightforward. Membaca ayat sumber, dan kemudian terus menaip ayat terjemahan. Tidak, kerja ini lebih daripada itu.
Kerja menterjemah melibatkan:
- Membaca keseluruhan teks atau sekurang-kurangnya perenggan untuk mendapatkan konteks terjemahan. Kesilapan konteks akan mengakibatkan kesalahan terjemahan (mistranslated) – maksud berlainan daripadamaksud sebenar perkataan sumber.
- Mencari perkataan terbaik untuk satu (anda tidak salah baca, ya, satu) ayat terjemahan, yang ada kalanya tidak kunjung tiba di minda selepas berbelas-belas kerepek dikunyah atau berteguk-teguk kopi. Idea itu mungkin akan timbul tatkala laptop baru ditutup, ketika memandu, atau semasa menjawab panggilan alam.
- Membaca ayat terjemahan berulang kali untuk memastikan ayat tidak janggal dan mengikut struktur Bahasa Melayu, bukan bahasa sumber. Dalam erti kata lain, ayat sejadi. Seperti kata pengajar saya sewaktu berkursus di ITBM, ayat terjemahan tidak boleh berbau bahasa sumber.
- Hal paling penting, yang melibatkan maruah penterjemah, memastikan ejaan. Kebiasaannya, terjemahan menggunakan tetapan Bahasa Melayu dalam Word akan bergaris merah di bawah ejaan sekiranya ada kesalahan ejaan. Namun, sering kali akan terjadi kesilapan ejaan, “makna” menjadi “makan,” atau lebih haru, “ketika” menjadi “ketiak.”
- Fasa paling penting: fasa semakan. Ketika fasa awal menjadi penterjemah, saya menyangka tempoh menyemak ini mudah dan sekejap. Saya slap besar. Inilah tempoh paling lama dan seakan tidak mahu berakhir. Saya akan menyoal kembali diri: ‘Apa benda aku mengarut ni?’ Jika saya sendiri sakit kepala sewaktu menyemak hasil kerja sendiri, bagaimana dengan editor?
Terjemahan sudah cantik, sedap dan tiada kesalahan (dari mata kita)? Kemudian barulah boleh dihantar.
Being thorough dalam setiap proses penting, kerana selain mahu menghantar terjemahan berkualiti, ketika juga sedang mempertaruhkan reputasi dalam setiap terjemahan.
Oleh itu, usahlah berfikir ‘alah, menterjemah je kot, senang’ atau ‘Google Translate kan ada?’