Catatan Kelas Penulisan Travelog

(Posting ini saya letakkan di Facebook pada 27 Ogos lepas)

Mengapa Ibn Batutta dan Marco Polo dikenali?

Kerana mereka mengembara dan MENULIS tentang kembara mereka.

Fakta ini mungkin nampak kecil, tapi ini antara intipati berharga yang saya dapat dalam Bengkel Penulisan Travelog yang saya hadiri Ahad lepas. Menimba ilmu kan tak akan pernah habis? Bengkel apabila tak ramai perasaannya memang lain macam, rasa lebih dekat dengan semua orang.

Saya tidaklah terlalu pandai menulis, jadi kebiasaannya saya cuma diam dan memerhati sebab rasa segan dengan orang-orang hebat lain. Kali ini tidak, banyak betul saya bercakap (hehehe). Salah satu sebab lagi kenapa saya suka pergi program begini ialah saya dapat jumpa ramai orang dan belajar daripada mereka. Malu kalau muda-muda begini malas belajar walhal orang yang jauh lebih berusia masih menggagahkan diri untuk belajar.

Masih banyak lagi negara yang saya belum pergi, tapi sedikit yang pernah saya jejaki itu, jikalau tidak ditulis, hanya akan tinggal dalam memori.

Manusia akan mati, tetapi tulisan tidak mati. Jadi, marilah kita tuliskan kisah kembara kita.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan.